THE LEGEND RESORT, CHERATING

Dah lama rasanya tak pergi bercuti di Cherating. Sebut saja Cherating, saya agak terkilan kerana Resort yang pernah kami menginap telah pun ditutup sepenuhnya. Apa sudah jadi?. Resort yang bertaraf 4 bintang tersebut adalah THE LEGEND RESORT CHERATING, terlalu banyak kenangan kami ketika menginap di hotel ni. 

Pintu masuk resort

Saya tak pasti tahun bila ia ditutup. Sangat sayang sekali, Resort yang cukup cantik ni dengan kolam renangnya yang besar dan mempunyai taman yang cantik serta mempunyai gelanggang permainan membuatkan tempat ini cukup lengkap fasilitinya.

Kaunter Reception
Kaunter reception The Legend Resort


























Dulu Resort ni begitu meriah dengan pengunjung yang datang menginap disini, namun sekarang sudah jadi Resort yang terbengkalai, sayangnya.. Tempat yang cantik ini sudah tidak beroperasi lagi. Mungkin Cherating sudah semakin kurang pengunjung ataupun masalah dalaman yang membuatkan Resort ini tutup.

Kolam renang The Legend Resort
Kolam renang The Legend Resort Cherating.

Diharap pada masa akan datang, ada pihak yang sudi membangunkan atau mengambil alih Resort ni. Kerajaan negeri pahang pun perlu berusaha mempromosikan dan menaikkan semula perlancongan di pantai Cherating ni. Semoga CHerating kembali meriah seperti dahulu.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys